RSS

Kursus Teknik Pro Flash - Batu Pahat, Johor.

4 Comments | This entry was posted on Oct 17 2009
Berita baik untuk photographer yg berada di Batu Pahat, kluang, muar, segamat dan kawasan2 yg sewaktu dgnya. Kursus Teknik Pro Flash kelolaan Adhadi Mohd akan berada di Batu Pahat pada 7 November 2009. Jadi jgn lepaskan peluang keemasan ini. cepat sementara tempat masih ada.

Kenali Flash Anda

Flash merupakan satu unit peralatan kamera yang ringkas. Walaupun kini Flash lebih canggih dengan pelbagai fungsi, sebenarnya Flash cumalah alat untuk menambah cahaya kepada subjek anda. Dengan flash, anda boleh menyelesaikan masalah kekurangan cahaya atau kekurangan bukaan aperture yang besar. Flash juga boleh memberikan nafas baru kepada gambar yang selalu tampak biasa. Walaupun dengan sebuah unit flash yang kecil, kemampuan jurufoto untuk mengawal kekuatan limpahan cahaya boleh memberikan nafas baru dalam kreativiti.

Teknik asas flash meliputi kemahiran anda untuk mengawal kekuatan flash. Walaupun Flash terkini telah dilengkapi fungsi automatik yang canggih seperti iTTL atau eTTL, sebenarnya fungsi ini kerap tersasar apabila dalam situasi yang sukar seperti situasi HDR (high dynamic range).Dalam kursus ini anda akan mempelajari teknik asas flash seperti bagaimana menetapkan elemen-eleman dedahan dan jumlah kuasa yang sewajarnya.

Isi Kandungan Kursus

1. Asas penggunaan flash. Konsep Fill Flash. Bounce .
2. Menyeimbangkan dedahan dengan kuasa flash
3. Teknik Flash dalam situasi HDR
4. Teknik Flash dalam lowlight (malam)
5. Ruang kreatif pada waktu matahari sangat harsh
6. Ruang kreatif dalam waktu yang sangat gelap
7. Penggunaan Flash secara On Camera, sync cord , CLS, Radio trigger.
8. Penggunan Single Flash sebagai Main Light
9. Penggunaan Single Flash/Reflector sebagai Fill Flash
10. Penggunaan Single Flash/Natural Lighting Sebagai Ascent Light/Kick Light
11. Teknik & Penggunaan Soft Light dan kaitan dengan dedahan & potret
12. Teknik & Penggunaan Hard Light dan kaitan dengan dedahan & potret.
13. Mengawal Ratio Main Light & Fill Light
14. Mengawal contrast/shadow edge transfer
15. Mengawal warna
16. Merakam pergerakan menggunakan slow sync
17. Kuasa Flash dan ukuran aperture.
18. Mengawal ambience
19. Penerangan terperinci penggunaan Light modifier seperti Gobo, Snoot, Relfector, Diffuser.

Aturcara (Luar Kelas)

2.30 pm : Penerangan Asas Flash
3.00 pm : Praktikal
5.00 pm : Rehat / Asar
5.45 pm : Penerangan Teknik Flash Off Camera
6.15 pm : Praktikal
7.30 pm : Rehat / Maghrib
8.15 pm : Penerangan Fotografi Malam
8.30 pm : Praktikal
10.00 pm : Bersurai

tenaga pengajar. Adhadi dari Myfotozone sdn bhd
bayaran - RM200
hubungi Mohd Salme Mohd Ali 013-7757373
Tempat adalah terhad kepada 15 orang sahaja.

photo dpd adhadimohd.com

Dasar Ekonomi Baru

54 Comments | This entry was posted on Sep 08 2009
Saya berasa amat sedih kerana terdapat ramai daripada Melayu yang terpelajar menolak Dasar Ekonomi Baru kononnya DEB menguntungkan hanya segelintir daripada kroni pemimpin Kerajaan terutama semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Mereka ini cuma nampak beberapa kerat peniaga dan pengusaha Melayu yang berjaya. Pendapat mereka ialah semua yang berjaya tentulah kerana mereka kroni, terutama kroni Perdana Menteri. Kata mereka kejayaan Melayu bergantung bukan kerana apa mereka tahu tetapi siapa mereka tahu. Ayat ini datang daripada kecaman orang tertentu yang asalnya dalam bahasa Inggeris iaitu, “It is not what you know but who you know”, yang memberi kejayaan. Penggunaan ayat ini oleh orang Melayu sendiri membuktikan betapa mudah minda mereka dipengaruhi oleh orang lain supaya mereka sendiri akan memburukkan diri mereka.

Sebelum kita bincang samada benar atau tidak benar tuduhan ini, izinkan saya jelaskan apa yg sy faham tentang Dasar Ekonomi Baru.

Matlamat ringkas DEB ialah;

a. Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

b. Menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi

Semasa DEB dilancar kemiskinan dalam Negara adalah lebih daripada 40 peratus. Hari ini kemiskinan telah turun pada lima peratus. Matlamat pertama jelas telah tercapai. Majority daripada yang miskin adalah Melayu dan Bumiputera lain.

Bagi matlamat kedua, kejayaan yang terbesar DEB ialah dalam bidang pelajaran. Ramai Bumiputera telah mendapat peluang dalam bidang-bidang profesional sehingga dalam bidang perubatan daripada hanya 8-10 peratus sahaja doktor perubatan yang terdiri daripada Melayu dan Bumiputera, sekarang bahagian mereka berjumlah 40 peratus. Ramai yang menjadi pakar.

Demikian juga dalam profesyen lain, pensyarah dan profesor dalam universiti. 

Jumlah mereka beratus ribu. Apakah mereka yang mendapat pelajaran sehingga ke universiti semuanya daripada keluarga yang kaya yang ada hubungan dengan pemimpin Kerajaan? Apakah mereka mampu mendapat pelajaran ini tanpa DEB? Apakah bagi mereka ini DEB tidak berguna?

Berkenaan agihan saham dibawah DEB. Apabila ramai individu Bumiputera mendapat saham dari IPO (Initial Public Offer), semuanya menjual saham dengan serta-merta. Kemudian mereka pohon untuk saham baru.

Kerajaan boleh hentikan agihan saham pada Bumiputera. Tetapi ini akan menjadikan syarikat yang tersenarai tidak dimiliki sahamnya oleh Bumiputera sama sekali.

Oleh itu ditubuhnya Permodalan Nasional Berhad yang akan membeli saham Bumiputera, memasukkannya dalam unit trust (saham amanah) untuk dijual kepada semua Bumiputera kalaupun mereka boleh labur hanya RM10 sahaja.

Melalui sistem amanah saham PNB hari ini lebih lapan juta Bumiputera memiliki saham dalam syarikat-syarikat besar. Diadakan had jumlah yang boleh dimiliki oleh seseorang supaya yang kaya tidak bolot terlalu banyak saham.

Tanpa DEB tidak mungkin begitu ramai Bumiputera memiliki saham syarikat-syarikat gergasi. Dapatkah kita tolak DEB kerana hanya menguntungkan kroni sahaja. Tidak adakah orang lain yang juga dapat manfaat.

Sekarang berkenaan Bumiputera yang kaya raya. Jumlah mereka sudah beribu. Hampir semua mereka mendapat peluang daripada Kerajaan. Sebab?

Sebabnya ialah hanya Kerajaan dan agensi-agensinya sahaja yang memberi peluang kepada mereka. Umpamanya, tidak ada kontraktor Bumiputera yang dapat kontrak daripada orang lain. Kerajaan melayan mereka kerana DEB.

Apakah mereka terdiri daripada kroni? Mereka yang berjaya pada mulanya mendapat peluang kecil-kecilan daripada Kerajaan. Jika mereka jual peluang ini, samada kontrak, lesen, AP atau permit lain, mereka tidak akan dapat peluang berkali lagi.

Bagi yang tidak jual, yang usaha sendiri dan membuktikan kebolehan mereka memangpun mereka patut diberi lebih banyak lagi peluang. Justeru itu ada yang amat berjaya hingga menjadi jutawan.

Apakah mereka kroni? Memang yang berjaya akan dikenali oleh ramai termasuk Perdana Menteri. Kalau nak elak daripada ada yang dianggap sebagai kroni, caranya ialah dengan menentukan tidak ada sesiapapun daripada Bumiputera yang akan berjaya. Ini mudah sahaja. Sesiapa yang Nampak Berjaya jangan bagi kontrak, atau lesen lagi. 

Walaupun demikian adalah diakui oleh Tun Mahathir ada yang ditolong secara keterlaluan oleh Menteri. Tetapi jumlah mereka tidak ramai.

Apakah kerana penyelewengan yang sedikit ini kita harus tolak DEB? Kata Mat Salleh, “Do you throw out the baby with the water in the wash basin?”

22. Jika kita buat perhitungan yang ikhlas kita akan akui yang DEB memanfaatkan bukan segelintir tetapi berjuta-juta Bumiputera. Amatlah menyedihkan apabila ada Bumiputera yang juga mendapat menfaat dari DEB yang begitu sekali ingin mendapat label “liberal and non-racist” dengan cuba menghapuskan orang sebangsa mendapat peluang dari DEB.

SEMINAR PENGIRAAN KOS PROFESSIONAL FOTOGRAFI OLEH SN

0 Comments | This entry was posted on Sep 03 2009

Kali ini SN anjurkan semula Seminar untuk membuat costing yang betul seperti kira-kira 3 tahun yang dulu. Ini untuk kepentingan industri secara keseluruhannya. Jurugambar yang baru dapat tahu macammana untuk naik, jurugambar lama boleh tahu bagaimana untuk lebih dihargai. Semuanya melalui mini-seminar ini. Hanya selama kira-kira 3 jam pada malam hari biasa. Jadi tiada alasan anda ada wedding dll pada malam itu. Datanglah untuk belajar dan menaikkan industri ini yang semakin lumpuh.

Kepada mereka yang terasa terjejas dengan kedatangan muka baru yang terlampau murah, ini tugas anda untuk menggiring mereka datang ke seminar ini. Sekiranya mereka telah tahu bagaimana cara sebaiknya untuk mengenakan caj kepada pelanggan dan industri akan kembali cerah.

Detail

Tempat : University Malaya (tempat akan diberi kepada pembeli tiket sahaja)
Tarikh : 12 Okt 2009, Isnin
Masa : 8.30 – 11.30 pm
Pembentang : Saiful Nang
Hos : Colours of Asia Sdn Bhd & Universiti Malaya

Nota

95% jurugambar di Malaysia gagal untuk keluar dari kerja harian mereka untuk fotografi yang mereka sukai. 99% tidak pernah membuat pengiraan kos yang baik dan yang lagi teruk apabila kebanyakan mereka langsung tak tahu apa itu pengiraan kos. Harga hanya ditentukan bergantung kepada siapa yang bertanya. Dan untuk kebiasaannya, mereka mengenakan caj yang tidak masuk akal dan tidak dapat membantu mereka dalam mengembangkan kerjaya mereka dalam fotografi. Kurang 2% daripada jurugambar yang mampu untuk mendapat pendapatan 5k ke atas setiap bulan hanya dengan fotografi. Yang selebihnya, mereka bersusah hanya kerana kunci mengembangkan kerjaya itu tidak dikuasai…iaitu “Pengiraan Kos”.

Pelajari dari Saiful Nang bagaimana beliau mengembangkan kerjaya fotografinya dari permulaan modal RM90 hingga berjaya mendapatkan sejuta yang pertama dalam tempoh 2 tahun sahaja. Anda boleh jadi lebih baik sekiranya anda telahpun mengetahui teknik pengiraan ini serta teknik pemasaran strategik itu dari permulaan kerjaya lagi.

Pelaburan RM49 untuk mengelakkan kesilapan yang ribuan ringgit kerugiannya ialah satu langkah bijak.

Agenda

8.00 – 8.30pm : Kedatangan peserta dan pemeriksaan tiket
8.30 – 8.45pm : Pembukaan oleh Emcee Tarmizi
8.45 – 10.00pm : Talk 1 : Professional Costing Formula
10.00- 10.15pm : Rehat
10.45 – 11.30pm : Talk 2 : Moving forward

Subjek

1. FPSN – Kenali teknik pengiraan yang telah digariskan untuk membuat pengiraan kos secara professional berdasarkan FPSN 2006 (Ditambahbaik pada 2009). FPSN telah berjaya mengubah hidup ramai jurugambar semasa kali pertama diperkenalkan kira-kira 3 tahun lepas.
2. Hirarki Pemasaran – Di manakah anda dalam pyramid pemasaran. Kenali pasaran anda dengan bijak. Ini penting untuk anda mengatur strategi berikutnya.
3. Strategi Harga – Keluar dari perang harga. Pelajari bagaimana seorang jurugambar boleh mengenakan caj yang tinggi dan masih tidak ketandusan pelanggan. Bagaimana harga itu dijadikan strategi dan dipasangkan denga kualiti perkhidmatan dan produk akhir.
4. Strategi Globalisasi – Pelajari teknik mudah bagaimana untuk anda menembusi sempadan perniagaan hingga anda sanggup diterbangkan ke seluruh pelusuk dunia hanya kerana satu konsep yang sangat mudah.
5. Tips perniagaan – Pelajari tips perniagaan yang datang dari pengalaman sebenar yang sukar untuk anda perolehi melalui buku-buku.
6. Q&A – Tanya apa-apa soalan dan akan dijawap.

Siapa perlu hadir

1. Peminat fotografi
2. Jurugambar sambilan yang berhasrat menjadi sepenuh masa dalam fotografi tanpa risiko kehilangan pendapatan. Pelajari bagaimana penyampai seminar ini menjadi sepenuh masa hanya selepas sebulan dan terus menggandakan pendapatan setiap bulan.
3. Jurugambar yang mencari-cari sebab mengapa mereka masih tidak mampu mengeluarkan pakej-pakej premium yang lebih nilaidari segi kualiti serta harganya.
4. Jurugambar dalam apa-apa bidang yang berminat untuk mengetahui kaedah membuat pengiraan kos, pemasaran, penjenamaan dan perniagaan.
5. Jurugambar yang masih keliru mengapa kerjaya mereka tidak berkembang dan masih lagi berada di takuk lama.
6. Jurugambar yang masih bernaung atau bergantung harap kepada orang ketiga seperti Mak andam, butik pengantin dan lain-lain.
7. Sesiapa sahaja yang belum mengetahui tentang pengiraan kos walaupun dalam bidang perniagaan lain. Tidak rugi belajar sesuatu dari pengalaman. Kerana setiap orang, pengalamannya berbeza.

Harga tiket

RM 65 – Harga penuh
RM49 – Pembelian berkumpulan ( 5 tiket ke atas)
RM20 – OKU dan pelajar ijazah UM (perlu tunjukkan kad ID masing-masing)

- Sijil kedatangan akan diberikan kepada yang menempah tiket awal sahaja.
- Semua tiket yang dibeli akan dinomborkan dan didaftarkan. Ia tidak boleh ditukar milik.
- Pembayaran penuh semasa pembelian tiket dan tidak ada pengembalian wang sekiranya berlaku pembatalan atas apa-apa sebab sekalipun.

Tarikh tutup

Hanya ada 150 tiket sahaja. Seiapa cepat dia dapat.

Bagaimana mendapatkan tiket?

Maybank 5-1234-3513-548 (Saiful Nang Photography)
Dan emailkan 5 perkara ini : nama penuh, no.telefon, email, alamat surat menyurat serta bukti pembayaran anda kepada salhashaffee@candidsyndrome.com

Sila berikan maklumat anda dengan lengkap dan tepat kerana ia akan mengakibatkan tiket anda tidak sampai atau terbatal. Tiket akan dihantar melalui email kepada semua yang berdaftar. Simpan bukti pembayaran anda. Untuk pembelian berkumpulan, sila berikan data-data yang lengkap bagi kesemua peserta.

*teks asal daripada Photoschool forum.

CSP Next Top Model

5 Comments | This entry was posted on Aug 15 2009

Marliana, walaupun ia seorang pemalu namun kejelitaanya dan keberanianya menutup segala perasaan malu dan gementar. Mungkin pertama kali rasanya. Namun sessi fotografi yg tidak dirancang berjalan dengan lancar. Mar di solek dan memperagakan pakaian daripada Twin Collection kelihatan begitu anggun dan menyerlahkan lagi kejelitaanya.

Kejelitaanya mampu membuatkan ramai lelaki berjalan sambil menyeretkan muka ke jalan… heheheee…

Wasiat Raja-raja Melayu 51 tahun dahulu

4 Comments | This entry was posted on Aug 09 2009

1. Yang Arif Dato’ Mohd Noor Abdullah ( Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia ) menceritakan bahawa beliau telah membaca WASIAT RAJA-RAJA MELAYU dan PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu ketika negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu :” KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunan kami 7 PERKARA yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

7 PERKARA ITU IALAH :

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah agama persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak ).

2. Demikianlah tujuh wasiat yang telah diceritakan oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia ini di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu ( GGMM ) pada hari ini 22 hb November 2008 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

3. Huraian mengenai ketujuh-tujuh wasiat Raja-Raja Melayu ini tidak dapat nak saya tulis serta gambarkan di sini kerana ianya lebih banyak bersifat tafsiran yang tersirat berasaskan kepada Perlembagaan Malaysia. Kalau saya tulis ringkasannya di sini, dibimbangi ada di kalangan pembaca sekelian yang tidak dapat memahaminya secara objektif dan komprehensif. Ianya perlu difahami satu persatu berasaskan beberapa artikel (Fasal ) yang berkaitan dengannya di dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Sebagai rujukan dan makluman terperinci, sila lihat Perlembagaan Persekutuan mengenai fasal-fasal berikut :

Perkara 3 (1), (2), (3) dan (5)
Perkara 11.
Perkara 12.
Perkara 38 (5).
Perkara 152.
Perkara 153.
Perkara 181 (1).

5. Justeru, sebagai pejuang Melayu serta para pemikir Melayu sekelian; saya ingin bertanya..! Adakah selama ini para pemimpin Melayu tidak kira sama ada dari kalangan parti UMNO ataupun PAS telah melaksanakan ketujuh-tujuh wasiat seperti yang tertera di atas. Kenapa kaum Melayu dan umat Islam di Malaysia pada hari ini dicemuh, diperlekeh, dicabar serta diperalatkan oleh kaum-kaum lain yang anti Melayu dan Islam.? Tolong hebahkan wasiat ini kepada mereka agar mereka insaf dan kembali kepangkal jalan.

 

 

Next CSP Top Model

4 Comments | This entry was posted on Jul 25 2009

Pada 15 dan 16 Julai 2009 yg lalu CSP telah menganjurkan 1 Bengkel Asas Penggunaan Studio Lighting bertempat di Classic Studio Production. Seramai 5 orang peserta yg telah sama2 berkongsi ilmu dan pengetahuan cara penggunaan studio lighting dengan cara yg betul dan sempurna.

Dan pada hari kedua masa dan saat yg dinantikan maka model yg dijanjikan oleh seorang sahabat telah sampai… (sekali taste dia dah) tapi para peserta dengan rasa gelojoh yg tidak tertahan lagi shoot tanpa henti.

Model nie nama dia Raihana (bukan penyanyi tau) dan dia dgn sporting dan tanpa banyak soal telah memberikan kerjasama yg memberangsangkan.

Lighting setting dan foto oleh Mohd Salme Mohd Ali.

Bengkel Asas Foto dan katalog Produk

24 Comments | This entry was posted on Jul 22 2009

CSP Pro Technology dengan kerjasama DotRed Design akan menganjurkan satu Bengkel Asas Foto dan Katalog Produk.

Ia bertujuan memberi pendedahan kepada peminat fotografi dan juga kepada yg ingin menimba pengalaman baru dalam foto produk cara penyediaan dan juga pengolahan bagi membuat katalog dan juga poster.

Tarikh : 2 Ogos 2009

Lokasi : Classic Studio Production, Taman Indah, Batu pahat, Johor.

Masa : 10 pagi hingga 6.00 petang

Tentatif bengkel.

10 pagi : penerangan ringkas penyediaan dan keperluan foto produk

11 pagi : praktikal foto produk didalam studio

1 tghari : rehat/makan tengahari (disediakan) solat

2.30 petang : praktikal foto produk diluar (outdoor)

4.30 petang : penerangan ringkas penggunaan photoshop dan illustrator

5.30 petang : pertanyaan dan bersurai.

 

sebarang pertanyaan boleh hubungi saya mohd salme mohd ali 013-7757373 atau email msma@csp.com.my

Bengkel Asas ‘Studio Light’

1 Comment | This entry was posted on Jul 04 2009

CSP Pro Technology dengan kerjasama Classic Studio Production akan menganjurkan satu Bengkel Asas penggunaan studio light. Bengkel ini khas untuk warga batu pahat dan kawasan2 yg sewaktu denganya menimba pengalaman dalam penggunaan peralatan studio.

Bengkel ini diadakan pada 15 dan 16 julai selama 2 malam bermula dari jam 8.30 malam dan hanya terhad kepada 5 orang terawal sahaja.

15 Julai 2009

  • Pertunjukan dan penerangan foto2 studio
  • Penerangan peralatan2 studio dan cara penggunaan
  • Demo penggunaan peralatan studio

16 Julai 2009

  • Photo shoot model
  • Penerangan dan pelbagaikan penggunaan peralatan studio
  • Penataan cahaya untuk penghasilan potret foto yang menarik

 

 

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi Mohd Salme Mohd Ali msma@csp.com.my atau 013-7757373.

Kelahiran…

5 Comments | This entry was posted on Jun 09 2009

Hari ini 090609 atau 9609 pada jam 1644 petang di Hospital Pantai, Batu Pahat, Johor telah lahir seorang putera (lelaki la kan) anak kami yang ke lima (hui ramai gak kan) dan dengan rasminya anak kami dah ada 3 puteri dan 2 putera (cukup la rasanya kan). Setelah ibunya (isteri saya la tuh) berhempas pulas dan berpeluh- peluh meneran bagi mengeluarkan anak lelakinya (anak saya juga) akhirnya terlaksana juga.

saya berkesempatan untuk membantu Doktor (macam teror kan) dan melihatkan keadaan dan kesengsaraan  seorang ibu tatkala melahirkan anak maka saya insaf (5 minit aje) bahawa begitu besar pengorbanan seorang ibu. Di samping itu juga menunjukan kebesaran Allah s.w.t dimana keajaban telah berlaku didepan mata saya sendiri dimana seorang bayi dikeluarkan. (best giler la)

Nama belum difikirkan secara terperinci lagi… mungkin dalam sehari dua nie dapatlah agaknya kan…

Chin Peng Pejuang Kemerdekaan?

2 Comments | This entry was posted on Jun 08 2009

Semalam di astro prima di siarkan entah yg keberapa ratus kali cerita Bukit Kepong arahan Dato Jins Samsudin. Walaupun dah beratus kali aku tgk namun malam semalam aku tgk bersama anak yg masih kecil dan sambil aku menceritakan keperitan dan kesediahan yg dialami oleh pasukan polis di Bukit Kepong melawan komunis.

i. pasukan polis bukit kepong dan balai polis bukit kepong dibakar komunis.

Dan dari itu aku tertawa sendiri dimana kebenaranya mengatakan Chin Peng ini adalah pejuang kemerdekaan dan ditubuhkan untuk melawan british lebih awal dari UMNO. Memang benar UMNO kemudian dari itu. Tetapi chin peng bukan mendahuli orang melayu. Dimanakah kebenaranya? dan apa yg chin peng perjuangkan?

Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.

Sebab itu Melayu yang sedikit mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.

Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.

Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan.

Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.

Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga. 

 

ini kah perjuangan kemerdekaan ala chin peng? Bukan niat saya untuk menaikan kemarahan orang melayu kepada orang cina tapi menaikan semangat rakyat malaysia menentang perjuangan parti komunis malaysia dan chin peng. Dan kini malaysia aman makmur dibawah “SATU MALAYSIA”